iklan

Pages

Thursday, 23 February 2012

Resepi Keropok Lekor Sarawak (ala-ala Julia Lekor)

Resepi keropok lekor khas untuk peminat keropok lekor.
Kalau rajin, boleh lah ikut resepi yang di bagi.Ala-ala keropok lekor Julia atau keropok Lekor miri yang terkenal di Miri, Sarawak.


1 kilo ikan kembung /aluk-aluk
500 g tepung kanji
200 g tepung gandum
sedikit garam
air sejuk ataupun ais dua ketul
Air secukupnya (agak2 le)
* boleh campurkn sedikit tepung biasa kalau takut liat ( tp sy x guna pn)

Asingkan isi ikan dari tulangnya, kemudian tumbuk @ cincang halus2.
blendkan isi ikan tadi masukkan kiub ais tadi sikit demi sikit.
Gaulkan tepung bersama dengan isi ikan tadi sambil masukkan sedikit garam dan air ( agak2 okay).

Akhir sekali uli bahan2 tadi bentuk kan menjadi bulat memanjang dan rebus kedalam air mendidih. bila dah timbul angkat ,


 sejukkan dan bolehlah goreng dan makan..

Untuk sos:-

5 sudu cili giling
Satu mangkuk kecil air asam jawa
Satu mangkuk besar air gula melaka
satu mangkuk kecil tepung jagung

Cara-cara:-

-Panaskan sedikit minyak masak, kemudian masakkan cili giling sehingga pecah minyak
-Kemudian masukkan air asam jawa dan air gula melaka.Gaulkan
-Bila dah masak, masukkan tepung jagung untuk memekatkan sos.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment